Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi
masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Mempunyai baluh
berbingkai yang dibuat dari kayu keras, lazimnya kayu jenis nangka atau
nama saintifik Artocarpus Heterophyllus. Belulang dari kulit kambing
digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya
dengan menggunakan bahan pelekat dan ditindih dengan paku supaya
ketegangannya lebih terjamin.
Pada kebiasaannya, seurat rotan
akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu
bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi
kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab
dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman
Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada
abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup
dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek
dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu
dengan sebelah tangan yang lain
.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian
jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang lazimnya dimainkan
secara berkumpulan. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri
dan upacara-upacara tradisi lain. Dalam konteks persembahan, kumpulan
kompang akan dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut peranannya
masing-masing..
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak
tangan. Bunyi ‘bum’ di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak
tangan dikuncup/rapat. Bunyi ‘pak’ di perolehi dengan tepukan di tengah
kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan
paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana
memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab
ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan
tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah,
pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali
kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.
No comments:
Post a Comment